1. SWIM TRAINER ABC PINK / BLUE

**Siapa yang tidak ingin melihat si kecil pandai berenang. Namun tentu kita tertanya-tanya bagaimana cara mengajar anak berenang.**

Tahukah anda, sejak lahir, bayi sudah boleh diajar berenang kerana selama Sembilan bulan berada dalam perut ibu, bayi sudah terbiasa dengan air (ketuban).

Memasuki usia empat bulan, bayi sudah mempunyai tindak balas menyelam. Ertinya, jika menyelam, dia tahu bagaimana cara mengelakkan daripada tertelan air. Maka, sebenarnya sangat digalakkan mengajar anak berenang pada usia ini.

Namun, sebaik meningkat usia dan otaknya berkembang, tindak balas itu hilang sendiri. Oleh itu si kecil mesti belajar lagi teknik menahan nafas di dalam air. Berikut tip yang perlu dipraktiskan.

1. Pastikan mood anda dalam keadaan tenang supaya bersabar dengan kerenah si kecil tatkala masuk ke dalam kolam renang. Anda juga perlu sentiasa dekat dengan mereka supaya anak yakin berada di dalam air.

2. Sebagai langkah awal, ajak si kecil bermain terlebih dahulu di tepi kolam sebelum mengajaknya masuk lebih dalam. Sentiasa wujudkan suasana gembira agar dia tidak takut.

3. Sekiranya keyakinan diri anak di dalam kolam semakin meningkat, cuba pergerakan lebih sukar.

4. Mulakan dengan kolam yang tidak terlalu dalam. Anda boleh berdiri di satu tempat dan minta anak berenang kea rah anda. Lakukan proses ini beberapa kali, tanpa disedari si kecil sudah boleh berenang ulang alik di dalam kolam.

5. Kemahiran mengapung badan dalam air adalah kemampuan secara semulajadi. Sekiranya anak tidak boleh lagi mengapungkan badan, jangan marah sebaliknya terus mengajar anak berlatih teknik tersebut. Jika dia panik, berikan pertolongan dan galakan.

6. Jika anak sudah boleh berenang tanpa anda perlu memegang tangannya, lepaskan perlahan-lahan dan biarkan dia berenang sendiri. Namun terus berada dekat dengannya.

7. Anda juga boleh menggunakan pelampung bayi atau lebih dikenali sebagai swim trainer yang terdapat di pasaran.

*** Anda juga boleh dapatkan swim trainer diwww.dsara.com.my atau hubungi puan sarah 0139244288.

*sumber PA&MA



SWIM TRAINER ABC

  • Product Code: POOL
  • Availability: In Stock
  • RM35.00


Available Options


Tags: SWIM TRAINER ABC